Antara EA, Indicator dan Pelaburan Forex

Fakta ringkas dan jelas ini ditulis sekadar makluman kepada semua yang membacanya dan diharap lebih BERHATI2 selepas ini memandangkan WANG bukan SENANG utk dicari. MEDIA MASSA, ELEKTRONIK dan sebagainya mengatakan EKONOMI negara kita semakin baik TETAPI kita jauh lebih tahu disebabkan setiap hari kita membelanjakan wang.
APA ITU EA ( Expert Advisor ) ? : EA ialah satu tools (Software) yang digunapakai oleh trader untuk menjalankan urusniaga forex secara ‘AUTOMATIK’ atau ‘SEMI AUTOMATIK’. Setiap position yang diambil telah diprogram terlebih dahulu samada LOT SIZE, TP atau SL. Kebanyakkan EA ini menggunakan VIRTUAL PRIVATE SERVER ( VPS ) supaya boleh beroperasi 24 JAM.
BAIK : Anda boleh rileks dan tak perlu bersusah payah sebab ada ROBOT (EA) yang JANA duit utk anda.
BURUK : 95% EA tak boleh digunapakai LANGSUNG terutamanya apabila berlakunya BREAKING NEWS. ( Kebanyakkan SYARIKAT atau INDIVIDU yang membuat Acc Management menggunakan EA dan baru2 ini mungkin anda pernah dengar ada SYKT yang TIDAK boleh bayar disebabkan EA ‘TERBUKA LOT SIZE BESAR’ dan sebagainya).

Semuanya HANCUR bila berlakunya BREAKING NEWS.
APA ITU INDICATOR ? : INDICATOR adalah petunjuk yang akan memaklumkan kepada trader tentang keadaan market SEBELUMNYA atau KETIKA ITU dan utk entry position samada BUY atau SELL. Antara yang popular ialah MA, BB, RSI, ICHIMOKU dan macm2 lagi. Dan kebanyakkannya LAGGING (Lambat). Masalah kita sebagai trader ialah TAK TAHU ASAL USUL INDI, KERAP BERGANTI INDI dan sebagainya. Samada anda TAHU atau TIDAK indi yang sedia ada dlm mana2 MT4 platform itu telah dicipta utk kita gunapakai dan RUGI...BUKTINYA ialah apabila INDI menunjukkan OVERBOUGHT kita mula ambil position SELL..yang peliknya PRICE tu naik lagi..dan lagi..dan lagi..dan MC...hehe. PERCAYA atau TIDAK dalam FOREX TIADA OVERBOUGHT atau OVERSOLD ( sebabnya saya kata begini ialah kita bukannya BANKER, BILLIONAIR atau SPEKULATOR yang menentukan keadaan MARKET). Yang menjadikannya Ialah INDICATOR dan satu lagi ORG yang BUAT INDI dalam MT4 tu dah MATI pun ada TETAPI sampai SEKARANG keluarganya MAKAN KOMISYEN...yang kena KITA la sebagai TRADER...( ini pandangan peribadi saya la ).
BAIK : Boleh mengetahu keadaan market sebelumnya utk setiap pair. Indi dah ada..PAKAI jer la..
BURUK : lambat, lembab dan tidak menunjukkan sama ada MATAWANG itu DOMINANT atau TIDAK DOMINANT utk diniagakan.


APA ITU PELABURAN FOREX ? : Pelaburan FOREX ialah dimana seseorang individu meletakkan wang di satu tempat samada SYKT atau INDIVIDU tertentu utk diniagakan (kalau diniagakan laa....). Utk pengetahuan PENGAMBILAN DEPOSIT ADALAH SALAH dari segi UNDANG2 MALAYSIA (tapi ramai tak serik2 walaupun dah terkena). Pendeposit akan menerima habuan antara 10% - 30% sebulan. BIASANYA 1 ,2 atau 3 bulan akan dapat. Lepas tu entahlah...Nak buat LAPORAN pun susah sebab takut TERKENA balik..sedangkan BANK pun bagi 4% je setahun. TIDAK dinafikan ada yg buat duit melalui PELABURAN FOREX ni tetapi MAJORITI ramai yang terkena. Saranan saya SEBAIKNYA belajar sendiri. Tak kisahlah dgn sesiapa pun. Sekurang2nya nya kita tahu kenapa RUGI dan kenapa UNTUNG. Bukan setakat dengar cakap2 org. Malah kalau TRADE sendiri anda boleh JANA KEUNTUNGAN 100% dengan cara yang PALING SELAMAT.

BAIK : DUDUK DIAM DAPAT DUIT
BURUK : PELABURAN bakal jadi PELEBURAN ( memang dah jadi pun walaupun siap dengan AGGREEMENT. Kalau dah TAK BOLEH BAYAR tetap TAK BOLEH BAYAR )

Ini adalah pandangan sahaja..harap sama2 berkongsi maklumat...tq

TIPS MEMILIH BROKER FOREX..

Untuk mencapai kejayaan dalam forex kita harus memilih broker forex yang berkualiti. Ketika ini banyak forex broker yang melakukan scam dengan sukar melakukan pengeluaran dengan beribu alasan serta mempermainkan harga agar kita selalu rugi.



Tidak semua forex broker menunjukkan laporan kewangan. Beberapa indikator untuk mengetahui kewangan broker dari sisi luar adalah: Broker tersebut berdaftar dari negara mana? Dimana mereka mempromosikan dirinya? Dan dimana lokasi pejabat mereka? Ketiga indikator tersebut dapat memberikan gambaran kewangan forex broker.

Sebagai contoh, untuk menjadi broker dengan member regulasi Amerika (NFA), perusahaan harus memenuhi modal minimum yang telah ditentukan. Ketika ini modal minimum dari NFA (National Future Association) adalah $20 juta. Untuk lebih mudahnya, berikut tips untuk memilih broker yang bagus:
  • Berdaftar. Kita harus memastikan broker yang akan kita gunakan berdaftar dengan organisasi di suatu negara. Berikut contoh pendaftaran di setiap negara,
    • Amerika : (NFA) National Futures Association dan (CFTC) Commodity Futures Trading Commission.
    • English : (FSA) Financial Service Authority
    • Japan : (FSA) Financial Service Agency
    • Indonesia : (Bappebti) Badan Pengawasan Perdagangan Berjangka Komoditi.
  • Spread yang rendah. Selisih harga jual dan beli yang terlalu tinggi akan merugikan seorang trader. Maka dari itu pilihlah broker yang memiliki spread yang rendah. Standard spread untuk GBP/USD : 3 dan EUR/USD : 2
     
  • Tidak ada Komisen. Broker biasanya sudah mendapatkan keuntungan dari spread. Broker yang serakah akan mengenakan komisen set-up kita bila mulakan posisi.
     
  • No Swap. Swap biasa disebut dengan bunga menginap. Terjadi jika pembukaan posisi kita di pasar lebih dari 1 hari maka kita akan dikenakan bayaran tambahan.
     
  • Dealing Desk. Dealing desk adalah suatu bahagian dalam broker forex yang mengatur order sebelum meneruskannya ke pasar. Sebaiknya kita berhati-hati dengan broker yang menjalankan dealing desk karena ada kemungkinan mereka tidak meneruskan order ke pasar/bank dan melawan tradernya sendiri atau menjadi bandar.
     
  • Platform Trading. Saya lebih menyarankan anda untuk menggunakan MT4. Ketika ini sudah ada versi terbarunya iaitu MT5 tapi masih dalam proses pengujian.
     
  • RealTime Chart: Kalau pergerakan harga sering putus dan execution lambat maka broker tersebut tidak boleh dipercayai. Bandingkan juga pergerakan harga antar broker.

Broker Selalu Menang Trader Selalu Kalah!



Kenapa Ramai Trader sering kalah?

Kita sebagai trader selalu melakukan analisis , kajian demi kajian tetapi berakhir dengan kekalahan!

Tetapi semua broker terus mengaut keuntungan!
Memang pelik tapi benar

Broker sediakan kemudahan pelbagai jenis indicator, custom indicator robot & news dll,
tapi yg berjaya BROKER SAHAJA menang. Trader TERUS KALAH...

Kenapa tidak 95% Trader Berjaya dan Broker 5%? 

Broker membuat keputusan yg terbalik dari Trader
Trader Selll Broker Buy atau sebaliknya.

Ada yang memberi jawapan seperti berikut:

" 95% adalah statistik data Trader tidak melakukan analisis TEPAT market selalu berlawan arah. Ramai Trader hanya mengharap/impikan/angan untuk market ikut trader!"


Antara fakta2 yang patut kita renungkan....

95% Trader tidak mengunakan MM yang betul.
95% Trader Tiada ilmu lengkap tentang Indicator.
95% Trader Tiada ilmu lengkap tentang Custome Indicator.
95% Trader Tiada ilmu lengkap tentang EA/Robot
95% Trader Bersikap Tamak.
95% Trader Hanya Tahu Basic Sahaja
95% Kelas Forex Menipu
95% Trader X Pandai, Broker je Pandai
95% Trader X tahu baca News/COT dll
95% Trader X tau apa itu Forex?
95% Broker memang Niat, untuk Kalahkan Trader?
95% Platform dari Broker tu delay/x accurate/requote
95% Trader Tiada Plan/Perancangan Untuk Trade



Yang penting kena ingat Forex ni Business! so mesti ada untung & rugi
tu basic kan?

Cuma sebagai trader kena minimakan kerugian & memaksimakan keuntungan.

Sila tinggalkan komen untuk pembetulan yer..

Waktu Aktif Forex

Forex Trading Hours In Some Countries

The busiest trading volume occurs when US and London markets are trading, overlapping between 8:00AM and 12:00 noon EST, these hours are recommended to trade.

Australian – Forex Trading Hours

- Sydney trades between 5.00 PM to 2.00 AM EST, Sydney Stock Exchange overlaps with Tokyo.
Tokyo – Forex Trading Hours
- Tokyo opens from 7.00 PM to 4.00 AM EST and overlaps with London for one hour.

London – Forex Trading Hours
- London is one of the busiest forex trading market, big volume of money are trading during their sessions. London trades between 3.00 AM to 12.00 PM EST.
New York – Forex Trading Hours
- New York trades between 8.00 AM until 5.00 PM EST and overlaps with London for 4 hours.
Malaysian time for trade:
Pasaran forex berjalan 24 jam sehari, namun ia tidak sentiasa aktif pada setiap masa. Maksud aktif di sini ialah matawang yang didagangkan berada dalam keadaan aktif nilai turun naiknya. Anda boleh membuat keuntungan apabila nilai pasaran meningkat naik mahupun ketika pasaran menurun. Tetapi anda boleh juga mengalami keadaan yang sukar apabila keadaan pasaran menjadi statik (tidak bergerak).
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang waktu pasaran yang aktif adalah amat penting bagi seseorang pedagang forex untuk membuat keuntungan. Berikut ialah waktu-waktu pasaran forex yang aktif dalam waktu Malaysia. Anda boleh mencuba pada waktu tersebut untuk mendapat keuntungan. Selamat berjaya!
Waktu Malaysia ( +8GMT )
• 2 :00 petang – 3 :45 petang (paling aktif)
• 4 :15 petang – 5 :15 petang (aktif)
• 8 :00 malam – 9 :00 malam (paling aktif)
• 10 :00 malam – 11 :15 malam (paling aktif)
• 2 :00 pagi – 3 :15 pagi (paling aktif)
• 5 :15 pagi – 6 :00 pagi (aktif)

Leverage & Margin

Leverage

Semakin besar leverage, semakin kecil margin yang diperlukan untuk buka sesuatu position.

Leverage adalah seperti kita meminjam wang dalam jumlah tertentu dari broker, broker memberikan sejumlah jaminan yang dinamakan dengan Margin.

Leverage ada beberapa jenis:
1:1 bererti wang jaminannya sama dengan nilai kontrak 100%
1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak
1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak
1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak
1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak
1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Jaminan (Margin)

Jaminan (margin) akan dikembalikan ke portfolio account balance anda setelah posisi order anda ditutup (close).

Perhitungan Margin

Untuk Matawang Indirect (USD/JPY, USD/CHF, USD/…) :
Lot x 100,000 x % Margin.
Contoh:
Buy 0.3 lot USD/JPY pada harga 121.07, dengan leverage 1:200
= 0.3 x 100,000 x 0.5% = $150

Untuk Matawang Direct (GBP/USD, EUR/USD, …/USD) :
Lot x 100,000 x % Margin x Market Price
Contoh:
Buy 2.1 lot EUR/USD pada harga 1.3010, dengan leverage 1:500
= 2.1 x 100,000 x 0.2% x 1.3010 = $546.42

Untuk Matawang Cross Rate (GBP/JPY, EUR/GBP, & matawang lainnya yang bukan berbanding dengan USD) :
Margin untuk Cross Rate adalah dikira dari Base Currency (dari matawang yang di hadapan)
Contoh:
(GBP/JPY) = Base Currencynya adalah GBP
Buy 1.5 lot GBP/JPY di harga 242.65, dengan leverage 1:500 (misal di saat itu harga GBP/USD = 2.0360)
= 1.5 x 100,000 x 0.2% x 2.0360 = $610.8

Penggunaan Leverage & Margin
Leverage 1:500 dan anda ingin membeli $100,000 USD/JPY  (bersamaan 1 lot regular),
Anda tidak perlu mengeluarkan modal sebesar $100,000 tersebut tetapi anda cukup mengeluarkan modal jaminannya saja iaitu 0.2% daripada $100,000 iaitu $200 saja.
Dan bila anda mendapatkan profit dari transaksi tersebut, maka hasil yang anda dapat akan sama besarnya dengan bermodal sebenar $100,000 tanpa leverage. Dan bila rugi pun, anda juga hanya rugi sebesar $200 dan bukan $100,000.

Anda juga boleh menghadkan kerugian dengan penggunaan Stop Loss.

Jangan keliru antara leverage dan volume/lot
Leverage tidak mempengaruhi nilai pips
Lot /Volume yang menentukan nilai setiap pips

GUIDELINES FOREX TRADING..

Sebahagian besar trader profesional adalah trader yang berdisiplin.
Jangan selalu tamak dan memaksa diri untuk bertrading..

  1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
    - Pair mana yang anda akan buy atau sell
    - Bila anda akan masuk/keluar pasaran
    - Bila anda akan menjual kerugian
    - Dimana had maximum keuntungan anda
  2. Trend pasaran adalah teman
    Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
  3. Fokuskan perhatian pada modal
    Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis
  4. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
  5. Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai, segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
  6. Buat catatan bila anda trading
    Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.
  7. Ketika was-was jangan masuk pasaran
    Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri sahaja..Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.
  8. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
    Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.
  9. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
    Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
    Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit
  10. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
    Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.Melainkan anda percaya pada system anda dan pasang 5 pair serentak kalau boleh..
  11. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
    Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa chart, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu pivot, support dan apa itu resistance' serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.
  12. Mula dengan Virtual Trading 
    Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex!

    Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir!
    Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

    90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% berjaya!
    Money management sangat penting dalam bermain forex

Mengapa harus pilih FOREX?!

Would I recommend the life of a Forex Trader ?

- You have no boss
- You have no staff
- You manufacture nothing
- You sell nothing
- You have no customers
- You don't need to travel to work
- Your equipment is minimal
- You can work from anywhere

Sounds good? Try it!
  • Market dibuka 24 jam. Tiada badan tertentu yang mentadbir perniagaan FOREX. Ia diperniagakan diserata dunia. Disebabkan dunia kita ini bulat, matawang sentiasa diperniagakan. Bagi saya, saya suka waktu malam. Masa tu tenang sikit, dan masa itulah juga market di Amerika Utara dibuka. Market FOREX cuma ditutup dari petang Jumaat sehingga malam Ahad Waktu timur Amerika Utara. Lebih kurang pukul 5 pagi sabtu sehingga 7 pagi Isnin waktu Malaysia.
  • Kesemua broker yang menawarkan perkhidmatan FOREX ada menyediakan akaun percuma ‘Demo’. Kita boleh menggunakan kemudahan akaun demo ini untuk mengasah skill perniagaan FOREX. Latihan terbaik ialah secara praktikal.
  • Wang yang diperlukan untuk memulakan perniagaan FOREX amatlah kecil. Kebanyakan broker yang ada menawarkan akaun mini. Deposit sekitar, USD $200-$500 telah mencukupi. Tak perlu bergolok bergadai.
  • Sebagian besar orang bertrading mata wang utama dunia (negera-negara G7 dan maju), alasan itu sendiri kerana mata Wang tersebut relatif stabil dan pergerakannya tidak terlalu tajam, dan lagi mata wang negara2 ini lah yang akan mempengaruhi pergerakan ekonomi dunia:

    EUR/USD: Euro / US Dollar disebut dengan euro
    USD/JPY: US Dollar / Japanese Yen
    GBP/USD: British Pound / US Dollar

    USD/CHF: US Dollar / Swiss Franc
    USD/CAD: US Dollar / Canadian Dollar
    AUD/USD: Australian Dollar / US Dollar

    EUR/GBP: Euro / British Pound

    EUR/JPY: Euro / Japanese Yen
    EUR/CHF: Euro / Swiss Franc
    GBP/CHF: British Pound / 
    Swiss Franc
    GBP/JPY: British Pound /
    Japanese Yen
    CHF/JPY: Swiss Franc / Japanese Yen 
    NZD/USD: New Zealand Dollar / US Dollar

Percuma Ebook Forex

Photobucket

Hai salam sejahtera..kepada anda yang berminat tentang Ebook Panduan Forex,Indicator dan EA secara PERCUMA..anda bolehlah menghantar pesanan anda kepada email saya dibawah..Saya harap anda tidak menyepamkan email saya kerana mempermudahkan saya untuk block email saudara..Saya harap anda boleh buat rujukan dan fahami dengan lebih lanjut tentang Forex..Kalau ada kekurangan anda bolehlah bekongsi disini dan jangan lupa bagitahu kekawan yang berminat..Sekurangnya anda ada panduan sebelum melibatkan diri dalam Forex..
Untuk mendapatkan ebook tersebut anda boleh hantar pesanan anda kepada email dibawah...tak kiralah anda sign up 4 pagi sekali pun anda akan tetap terima pesanan anda..sebagai contoh seperti dibawah:


YAHOO EMAIL: (untuk yahoo)
GMAIL EMAIL: (untuk google)
Email terus ke sini: simawinforex@yahoo.com


Photobucket

Broker Yang Saya Gunakan..

Salah satunya Marketiva

Bila anda baru mendaftar anda akan dapat percuma usd5 untuk memulakan trading anda
Ramai rakyat malaysia/indonesia gunakan broker ni sebab operatornya pun ada orang tempatan.


Instaforex (english version)
Instaforex (malay version)

Disini anda boleh gunakan Bank Maybank Dan Cimb Bank
Inilah sebahagian broker saya..
Mengapa saya pilih broker diatas sebab kebanyakkan support mereka tahu berbahasa melayu,
Dan juga system platform mereka gunakan adalah Metatrader4..

Forex Market Session

Install secara percuma penunjuk jam waktu market open..benda ni akan terpapar di desktop anda.
Sila klik kat link ini untuk install: http://forexsignallive.com/free_forex_resources.php
Ataupun anda boleh rujuk di bawah link ini...bagi broker waktu itu penting bila mulakan trading.
Pastikan anda setkan pada session GMT-2
Waktu Pasaran bermula Jam 12.00 Tengah Malam Waktu Mesir hari Isnin dan di tutup jam 12.00 Tengah Malam hari Ahad.9(Waktu Mesir ini adalah waktu musim panas kalau waktu musim sejuk di Mesir lewat 1 Jam.Bermakna akan buka jam 11.00 Malam hari Ahad dan tutup jam 11.00 Malam hari sabtu)
Pergerakan pasaran Forex dibuka dengan pasaran New Zealand & Australia yang bermula Jam 05.00–14.00 Waktu Malaysia (12.00 Tgh Malam Sehingga Jam 9.00 Pagi-Waktu Mesir),
Terus ke pasaran Asia iaitu Jepun, Singapura & Hongkong yang bermula Jam 07.00–16.00 Waktu Malaysia (2.00 Pagi Hingga 11.00 Pagi-Waktu Mesir),
Kemudian diikuti dengan pasaran Eropah iaitu Jerman & UK yang bermula pada pukul 13.00–22.00 Waktu Malaysia (8.00 Pagi hingga 5.00 Pagi -Waktu Mesir)
Disusuli dengan pasaran Amerika yang berlangsung pada pukul 20.30–10.30 Waktu Malaysia (3.30 Petang Hingga 5.00 Pagi.)
Dalam perkembangan sejarahnya, bank pusat yang dimiliki oleh negara-negara matawang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasaran forex yang bebas.
Menurut survey BIS (Bank International for Settlement – bank pusat dunia), yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasaran forex mencapai lebih dari USD$2.4 Trillion sehari. Dengan demikian, prospek pelaburan forex adalah sangat bagus.
Berdasarkan kepada kecairan dan keaktifan pergerakan harga yang tinggi tersebut, FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular kerana ROI (Return On Investment atau kembalinya nilai pelaburan yang telah kita tanam) serta profit yang akan diperolehi melebihi dari nilai perdagangan pada umumnya (secara purata pulangan berkisar lebih dari 5% - 10% sebulan, malah boleh mencapai lebih dari 100% sebulan untuk professional trader). Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga berisiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengaturan dan pengurusan kewangan dengan baik dan bijak.
Matawang yang banyak diperdagangkan adalah Dollar Amerika, Poundsterling, Euro, Yen, Franc Swiss, Dollar Australia, Dollar Canada, dan Dollar New Zealand.
Simbol Mata Wang Keterangan
UR / USD Euro terhadap US Dollar
GBP / USD Poundsterling terhadap US Dollar
USD / JPY US Dollar terhadap Yen
USD / CHF US Dollar terhadap Franc Swiss
USD / CAD US Dollar terhadap Dollar Kanada
AUD / USD Australia Dollar terhadap US Dollar
NZD / USD New Zealand Dollar terhadap US Dollar
BAGAIMANA PERDAGANGAN FOREX DIJALANKAN MELALUI INTERNET?
Untuk perdagangan Forex melalui internet, anda perlu mendaftar dengan sesebuah syarikat sebagai Broker di Amerika melalui internet. Kemudian anda akan muat-turun perisian perdagangan Forex ke dalam komputer anda yang dibekalkan oleh Broker tersebut.
Melalui perisian tersebutlah anda akan melakukan penjualan dan pembelian beberapa pasangan gandingan matawang asing. Segala proses penjualan dan pembelian gandingan matawang asing berpandukan carta di dalam perisian tersebut.
Sebagai contoh katakan anda memilih gandingan matawang Euro dan USD iaitu EUR/USD. Jika pasaran matawang EUR/USD sedang menurun berpandukan carta tersebut, anda akan melakukan penjualan. Untuk melakukan penjualan anda hanya klik pada nilai harga dalam bahagian BID. Jika pasaran melalui carta tersebut semakin menurun, anda akan mendapat keuntungan semakin banyak.
Jika pasaran matawang EUR/USD sedang meningkat berpandukan carta tersebut, anda akan melakukan pembelian pula. Untuk melakukan pembelian anda hanya klik pada nilai harga dalam bahagian OFFER. Jika pasaran melalui carta tersebut semakin meningkat, semakin banyak anda akan memperolehi keuntungan.
Ini bermakna walaupun pasaran sesuatu gandingan matawang meningkat atau menurun, anda masih memperolehi keuntungan. Ini tidak seperti pasaran saham, yang mana anda akan memperolehi keuntungan semasa pasaran meningkat sahaja.
BAGAIMANA SESEORANG PEDAGANG FOREX MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN BERIBU RINGGIT DALAM MASA BEBERAPA JAM SAHAJA MELALUI INTERNET
Keuntungan di dalam perdagangan Forex berdasarkan perubahan angka yang terakhir sekali pada nilai sesuatu gandingan matawang. Pergerakan angka tersebut di panggil PIP.
Sebagai contoh katakan anda ingin berdagang matawang EUR/USD. Harga jualan ialah 1.2035. Katakan harga tersebut meningkat kepada 1.2065 dalam masa 30 minit. Maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak 30 PIP atau point.
Satu PIP anda boleh mendapat keuntungan sebanyak US$10 bergantung kepada modal yang dilaburkan. Oleh itu jika anda memperolehi keuntungan sebanyak 30 PIP, ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak US$300 dalam masa 30 minit. Jika ditukar dengan matawang Ringgit, anda akan mendapat keuntungan lebih kurang RM1,200 dalam masa 30 minit sahaja.