Sebahagian besar trader profesional adalah trader yang berdisiplin.
Jangan selalu tamak dan memaksa diri untuk bertrading..
- Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
- Pair mana yang anda akan buy atau sell
- Bila anda akan masuk/keluar pasaran
- Bila anda akan menjual kerugian
- Dimana had maximum keuntungan anda - Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi. - Fokuskan perhatian pada modal
Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis - Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
- Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai, segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
- Buat catatan bila anda trading
Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui. - Ketika was-was jangan masuk pasaran
Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri sahaja..Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan. - Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control. - Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit - Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.Melainkan anda percaya pada system anda dan pasang 5 pair serentak kalau boleh.. - Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa chart, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu pivot, support dan apa itu resistance' serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant. - Mula dengan Virtual Trading
Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex!
Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir!
Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.
90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% berjaya!
Money management sangat penting dalam bermain forex