Leverage & Margin

Leverage

Semakin besar leverage, semakin kecil margin yang diperlukan untuk buka sesuatu position.

Leverage adalah seperti kita meminjam wang dalam jumlah tertentu dari broker, broker memberikan sejumlah jaminan yang dinamakan dengan Margin.

Leverage ada beberapa jenis:
1:1 bererti wang jaminannya sama dengan nilai kontrak 100%
1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak
1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak
1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak
1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak
1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Jaminan (Margin)

Jaminan (margin) akan dikembalikan ke portfolio account balance anda setelah posisi order anda ditutup (close).

Perhitungan Margin

Untuk Matawang Indirect (USD/JPY, USD/CHF, USD/…) :
Lot x 100,000 x % Margin.
Contoh:
Buy 0.3 lot USD/JPY pada harga 121.07, dengan leverage 1:200
= 0.3 x 100,000 x 0.5% = $150

Untuk Matawang Direct (GBP/USD, EUR/USD, …/USD) :
Lot x 100,000 x % Margin x Market Price
Contoh:
Buy 2.1 lot EUR/USD pada harga 1.3010, dengan leverage 1:500
= 2.1 x 100,000 x 0.2% x 1.3010 = $546.42

Untuk Matawang Cross Rate (GBP/JPY, EUR/GBP, & matawang lainnya yang bukan berbanding dengan USD) :
Margin untuk Cross Rate adalah dikira dari Base Currency (dari matawang yang di hadapan)
Contoh:
(GBP/JPY) = Base Currencynya adalah GBP
Buy 1.5 lot GBP/JPY di harga 242.65, dengan leverage 1:500 (misal di saat itu harga GBP/USD = 2.0360)
= 1.5 x 100,000 x 0.2% x 2.0360 = $610.8

Penggunaan Leverage & Margin
Leverage 1:500 dan anda ingin membeli $100,000 USD/JPY  (bersamaan 1 lot regular),
Anda tidak perlu mengeluarkan modal sebesar $100,000 tersebut tetapi anda cukup mengeluarkan modal jaminannya saja iaitu 0.2% daripada $100,000 iaitu $200 saja.
Dan bila anda mendapatkan profit dari transaksi tersebut, maka hasil yang anda dapat akan sama besarnya dengan bermodal sebenar $100,000 tanpa leverage. Dan bila rugi pun, anda juga hanya rugi sebesar $200 dan bukan $100,000.

Anda juga boleh menghadkan kerugian dengan penggunaan Stop Loss.

Jangan keliru antara leverage dan volume/lot
Leverage tidak mempengaruhi nilai pips
Lot /Volume yang menentukan nilai setiap pips